Penulisan2u

Screen

Profile

Menu Style

Cpanel

Sinopsis Novel

Friday, 10 January 2014 11:40

Sinopsis : Protect The Boss

Tengku Hafifi Hafiz-Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, ‘melipat’ orang. Jika diberi pilihan, dia lebih rela digelar teruna tidak laku daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci!

Nurafifah Alia Aqilla-Tengku Hafifi Hafiz? Meskipun semua lelaki sudah pupus, hatinya tidak akan sesekali menerima pencinta wanita tegar seperti Tengku Hafifi Hafiz! Muktamad!

Tengku Adam Haizrill. Seorang lelaki yang setia akan cintanya terhadap Alia, adik angkatnya sendiri. Fif seolah-olah pantulan wajah Alia. Fif menjadikannya seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti cukup dalam hidupnya.


Saturday, 07 January 2012 17:34

Sinopsis : Saya Rindu Awak

ADIBAH ANIS SOFEA, orangnya memang cantik, sopan dan manja. Sayangnya dia tidak tahu apa-apa. Serbuk kunyit dan serbuk kari pun dia tidak dapat bezakan apatah lagi kalau mahu suruh dia memasak. Tetapi yang kurang itulah telah membuka pintu hati Syed Kharil Imran. Yang tidak tahu apa-apa itulah yang membuatkan Syed Khairil Imran rindu selalu.
 
            “Abang rindukan Dib.”
            “Yek?”
            “Serius, rindu gila.”


 Bukan sekali dua Syed Khairil Imran memberi pembayang, tetapi si Adibah Anis Sofea tak mahu faham-faham. Sudahnya masing-masing menanggung seksa. Masing-masing menanggung rasa.


Namun yang manis-manis itu tak selamanya manis. ADIBAH ANIS SOFEA bukan mudah dilepaskan untuk orang sembarangan. Hajah Mona selaku nenek, hanya mahukan Adibah bersama ZACKWAN, cucu sulung Hajah Mona yang berkelulusan luar negara.


 “Nenek nak kita nikah bulan depan.” 
            “No way!”
            “Yes, weh. Abang serius ni. Bukan main-main. Jadi nak tak nak, boleh tak boleh, Dib kena balik dan buat serang balas. Kalau tidak, Dib jawab sendiri dengan Khairil.”
            “Khairil tahu tentang benda ni?”
            “Ya, Khairil pun tahu benda ni.”
            “Habis apa kita nak buat?”
 
ZACKWAN juga tidak mahu dijodohkan dengan Adibah ketika hatinya masih ada Syazira. Namun siapa yang berani membantah keputusan Hajah Mona? Apakah yang manis-manis itu akan menjadi sejarah buat insan yang baru mengenali erti rindu itu? Akurkah Adibah dengan arahan Hajah Mona dan melupakan seluruh  rasa cintanya buat Khairil? Saya Rindu Awak, akan menjawab semua persoalan.


You are here: Segmen Sinopsis Novel
Penulisan Enterprise. merupakan sebuah syarikat penerbitan novel yang ditubuhkan pada akhir 2011. Bermula dari sebuah laman sesawang penulisan2u pada tahun 2006, kini kami bergerak selangkah ke hadapan dengan mewujudkan syarikat penerbitan PENULISAN2U... baca lanjut

Waktu Perniagaan

  • Waktu Perniagaan:
    Isnin-Jumaat,

    10.00 am - 5.30 pm
  • Online Support:
    24 Jam - Setiap Hari
  • SMS :
    akan datang

Peta Lokasi Premis

Hubungi Penulisan2u

Alamat Perniagaan:

Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd
Karyaseni Enterprise
15-A, Jalan Suarasa 8/3,
Town Part 1,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras,
Selangor

Tel: 03-90744144
Fax: 03-90751144
Email : Admin@karyaseni.my