Penulisan2u

Screen

Profile

Menu Style

Cpanel

Akan Datang Filem Bisik Pada Langit

Kepada semua peminat novel di Malaysia, Brunei, Indonesia & Singapura! Nantikan tayangan filem BISIK PADA LANGIT di Astro First Ekskusif. Dapatkan Novel BISIK PADA LANGIT terbitan Karyaseni di MPH, POPULAR, SMO atau di www.p2u.my

Panduan Menghantar Manuskrip


  Hits 24934

editor

Adakah anda berbakat dalam bidang penulisan novel? Mempunyai manuskrip yang sudah siap? Anda tidak tahu hendak dihantar ke mana?  kenapa tidak dibukukan sahaja karya anda untuk tatapan pembaca? Karyaseni sentiasa menunggu untuk penilaian penerbitan.

1. Penulis hendaklah menghantar ringkasan cerita dan Manuskrip penuh untuk penilaian pihak Karyaseni Enterprise. Emelkan kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Berikut adalah format menghantar karya ke KARYASENI:

Smile Genre: Sebarang genre yang bersesuaian dengan konsep PENEBITAN KARYASENI

Smile Font: Times New Roman/ saiz 12

Smile Perenggan: 1.5 Spacing

Smile Bab: Perlu diitulis pada setiap permulaan Bab

Smile Panjang Manuskrip: 80,000 hingga 90,000 patah perkataan

2. Sertakan nama penuh, nama pena, email dan nombor telefon untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

3. Manuskrip yang berunsur isu sensitif seperti seks, perkauman, politik dan mempersendakan agama akan ditolak serta merta.

4. Jalan cerita mestilah mantap, mempunyai nilai-nilai agama, bermesej, menarik dan bermoral.

5. Manuskrip hendaklah asli dan tidak diciplak atau diterjemahkan dari mana-mana novel lain.

6. Sekiranya manuskrip anda lulus penilaian pihak Karyaseni, pihak karyaseni akan menghubungi anda melalui telefon dan Emel untuk tindakan selanjutnya

7. Proses penilaian mengambil masa selama 3-4 bulan. Sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas selepas 4 bulan. Anda bolehlah terus menghubungi pihak Karyaseni  melalui talian 03-9074 4144 atau melalui email  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

PANDUAN MENGHANTAR RINGKASAN CERITA

Penulis yang berminat untuk menghantar karya ke PENERBITAN KARYASENI mestilah terlebih dahulu menghantar ringkasan cerita yang sudah lengkap ditulis. Editor akan menilai sama ada sinopsis yang dihantar itu bersesuaian dengan konsep PENERBITAN KARYASENI. 

Panjang Ringkasan Cerita: 700 hingga 1300 patah perkataan.

PENTING!

1. Penulis yang menghantar sinopsis ke PENERBITAN KARYASENI selalu membuat satu kesilapan yang amat popular. Mereka mengakhiri sinopsis dengan ayat seperti contoh; “Adakah mereka berdua hidup bahagia?" atau "Berjayakah Ain Maisarah menghadapi liku-liku cabaran dalam hidupnya?" 

Sinopsis yang dihantar mestilah lengkap ditulis keseluruhan jalan cerita termasuk penyudahnya (ending). Editor-editor PENERBITAN KARYASENI mesti mengetahui kesudahan cerita yang hendak disampaikan bagi tujuan penilaian sesebuah manuskrip atau proposal.

2. Sediakan sinopsis dengan pembahagian perenggan yang sesuai untuk memudahkan editor menyemak. Jangan tulis tiga muka sinopsis tanpa sebarang perenggan. Kekemasan dalam penulisan perlulah dititikberatkan.

Last modified on Thursday, 10 September 2015 12:30
  • Ikuti Kami Di Facebook

You are here: Info Panduan Hantar Manuskrip

bottom_logoPenulisan Enterprise. merupakan sebuah syarikat penerbitan novel yang ditubuhkan pada akhir 2011. Bermula dari sebuah laman sesawang penulisan2u pada tahun 2006, kini kami bergerak selangkah ke hadapan dengan mewujudkan syarikat penerbitan PENULISAN2U... baca lanjut

Waktu Perniagaan

taxt_bottem_border

Waktu Perniagaan:
Isnin-Jumaat,

10.00 am - 5.30 pm

Online Support:
24 Jam - Setiap Hari

SMS :
akan datang

Peta Lokasi Premis

taxt_bottem_border

footer_map

Hubungi Penulisan2u

taxt_bottem_border

Alamat Perniagaan:

Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd
Karyaseni Enterprise
15-A, Jalan Suarasa 8/3,
Town Part 1,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras,
Selangor

Tel: 03-90744144
Fax: 03-90751144
Email : Admin@karyaseni.my