Penulisan2u

Screen

Profile

Menu Style

Cpanel

Akan Datang Filem Bisik Pada Langit

Kepada semua peminat novel di Malaysia, Brunei, Indonesia & Singapura! Nantikan tayangan filem BISIK PADA LANGIT di Astro First Ekskusif. Dapatkan Novel BISIK PADA LANGIT terbitan Karyaseni di MPH, POPULAR, SMO atau di www.p2u.my

Info: Your browser does not accept cookies. To put products into your cart and purchase them you need to enable cookies.

Novel

Bisik Pada Langit


Bisik Pada Langit
Click here to enlarge
RM 22.00
Biasa: RM 25.00
Diskaun: RM 3.00
PDF Save page as PDF
Print Print this page
E-mail Email to a Friend

Product SKU: 978-967-0992-39-6


Product: Bisik Pada Langit

Semenanjung : RM25
Sabah/Sarawak : RM28
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online)


‘Kasih ayah lebih tinggi daripada gunung dan sayang ibu lebih dalam daripada dasar lautan.’

YA, itulah yang terjadi kepada WAK ROSLI. Menjadi seorang ayah begitu sukar buatnya apabila memiliki seorang anak gadis yang lincah seperti SITI HAJAR. Luaran nampak lembut tetapi jiwa Siti Hajar tiada sesiapa yang mampu mengawal termasuk Wak Rosli.

Bagi Siti Hajar jiwanya sudah sebati dengan motosikal, kelajuan dan perlumbaan sehingga dia memasang angan-angan untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi suatu hari nanti meskipun perkara itu pasti mendapat tentangan daripada Wak Rosli.

“Aku rasa seronok bila bawak motor. Bila aku bawak laju, aku rasa aku makin ke depan. Aku rasa bebas. Bebas daripada semua masalah yang ada. Kau tahu tak, bagi aku dunia ni macam pentas perlumbaan, semua orang nak menang tapi akhirnya, hanya akan ada seorang aje yang pemenang. Orang yang berani menghadapi risiko, orang itulah yang akan berjaya.”- SITI HAJAR.

Segalanya berubah bagi Wak Rosli sebaik saja Siti Hajar dapat melanjutkan pelajaran ke Australia. Dia seperti kehilangan separuh jiwanya saat Siti Hajar melangkah pergi. Walaupun hatinya berat untuk merelakan Siti Hajar jauh daripada pandangan mata, namun dia terpaksa akur akan kehendak anak kesayangannya itu. Sikap sayangnya yang berlebihan pada Siti Hajar membuahkan cemburu dalam diri IQRAM selaku anak bongsu.

“Ayah selalu menangkan Kak Hajar. Kak Hajar seoranglah anak yang baik. Anak yang taat. Anak yang pandai. Habis tu Am dengan abang ni apa ayah? Ayah nampak kesalahan yang Am buat, baguslah. Sekurang-kurangnya Am sedar yang ayah masih anggap Am ni anak ayah!” – IQRAM.

Kemarahan dan dendam yang dipamerkan oleh Iqram langsung tidak menjejaskan ZAIDI. Demi kasih pada keluarga, dia sanggup mengorbankan masa depannya asalkan ayah tercinta bahagia meskipun kewujudannya jarang dipedulikan oleh Wak Rosli.Namun, malang tidak berbau, di saat Wak Rosli sedang gembira menanti kepulangan Siti Hajar, ada khabar duka menjengah telinga mereka sekeluarga. Hajar koma! Saat itu dunia Wak Rosli menjadi gelap-gelita. Hatinya hancur berkecai apabila segala rahsia sudah tersingkap. Rahsia yang akan membuatkan Wak Rosli kembali sedar akan kewujudan Iqram dan Zaidi.

‘Andai aku tahu, hari yang paling gembira itu sebenarnya permulaan untuk sesuatu yang menyedihkan, takkan aku biarkan dia jauh daripada aku…’- WAK ROSLI.

Apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Hajar sehingga mendatangkan kecelakaan kepada dirinya? Siapakah IRWAN yang hadir di saat kemelut keluarga mereka semakin memuncak? Akan bertahankah kepercayaan Wak Rosli terhadap anak kesayangannya itu atau kesabaran diri akan terus diuji?


Ask question about this book


Add comment


Security code
Refresh


  • Ikuti Kami Di Facebook

You are here: Beli Online Novel Bisik Pada Langit

bottom_logoPenulisan Enterprise. merupakan sebuah syarikat penerbitan novel yang ditubuhkan pada akhir 2011. Bermula dari sebuah laman sesawang penulisan2u pada tahun 2006, kini kami bergerak selangkah ke hadapan dengan mewujudkan syarikat penerbitan PENULISAN2U... baca lanjut

Waktu Perniagaan

taxt_bottem_border

Waktu Perniagaan:
Isnin-Jumaat,

10.00 am - 5.30 pm

Online Support:
24 Jam - Setiap Hari

SMS :
akan datang

Peta Lokasi Premis

taxt_bottem_border

footer_map

Hubungi Penulisan2u

taxt_bottem_border

Alamat Perniagaan:

Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd
Karyaseni Enterprise
15-A, Jalan Suarasa 8/3,
Town Part 1,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras,
Selangor

Tel: 03-90744144
Fax: 03-90751144
Email : Admin@karyaseni.my